NEW YORK – Seorang lelaki di bawa ke
mahkamah atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap haiwan di mana lelaki
tersebut didakwa berusaha untuk memasak kucingnya.
Pihak polis menemui kucing tersebut
berada dalam bagasi di dalam kereta yang sedang dibawa oleh Gary Korkuc
dari New York, Amerika Syarikat. Petugas memberhentikan keretanya kerana
melanggar lampu isyarat dalam kejadian yang berlaku Ogos tahun lalu.
Kucing tersebut ditemukan dalam keadaan
sudah bercampur dengan minyak goreng, lada, garam dan bahan makanan
lainnya. Kokuc mengatakan kepada polis bahawa dia sedang menyiapkan
kucing tersebut untuk dimakan.
Kucing jantan tersebut akhirnya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan sihat.
Korkuc, 52 tahun kini didakwa atas tuduhan kekerasan terhadap haiwan., demikian dilaporkan Reuters.
Kucing itu kini dijaga oleh sebuah
keluarga angkat setelah insiden tersebut terjadi. Pihak polis mengatakan
bahawa sebelum ini banyak permintaan dari orang ramai yang meminta
untuk menjaga kucing tersebut.
No comments:
Post a Comment