Saranan Anwar Ibrahim untuk
menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat.
Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala memikirkan
apakah Anwar sudah gila akhirnya? PTPTN adalah skim yang ternyata baik
untuk rakyat dan kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu ramai
anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian
Tinggi tidak kira awam mahupun swasta.
Menurut Anwar Ibrahim, beliau
sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang
memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat
Malaysia. Namun, Anwar juga mengakui yang pihaknya belum lagi
memikirkan secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan
tersebut. Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang
terlibat.
Kita merasa amat sangsi akan
kemampuan Anwar Ibrahim memahami angka, bukan hanya kerana beliau
mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan
atas pagar (Ijazah Am Kelas 3) tetapi kerana seorang yang mampu memahami
angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal
seperti menghapuskan PTPTN. Sedarkah Anwar Ibrahim bahawa bukan sahaja
pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia,
terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN.
Sebanyak lebih kurang RM40-RM50
billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di
Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan
operasi keseluruhan. Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana
tambahan sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.
Dengan kos yang begitu tinggi,
kolej atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan
kerana pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan
Melayu, amat bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran.
Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA
ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung
kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan.
Oleh itu, PTPTN adalah
satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan
kewangan. Terdapat 21 IPTA dan 49 IPTS (termasuk dengan kolej
universiti dan cawangan universiti luar negara) di Malaysia. Kesemua
mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar setiap tahun. Tanpa
PTPTN, dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat
bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar bagi
membolehkan mereka terus beroperasi. Jika kemasukan pelajar merosot
akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga akan akhirnya terpaksa gulung
tikar.
Seterusnya, ia akan membawa
kepada masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam
masyarakat kerana ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan
pelajaran dan sukar mendapat pekerjaan. Begitu juga dengan para
pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup. Bagaimanakah
dengan nasib mereka? Nampaknya Anwar Ibrahim tidak berfikir panjang
apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan. Tidak mungkin kerajaan mampu
memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000 pelajar di semua
70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi secara
keseluruhannya.
Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna? Mungkin Anwar Ibrahim terlepas pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.
Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna? Mungkin Anwar Ibrahim terlepas pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment