Facebook Dalam Kehidupan Sebenar
Pernahkah anda terfikir bagaimana jika Facebook berada dalam
alam sebenar kita dan bukannya di alam maya. Sedikit-sebanyak keadaan
yang akan terjadi jika Facebook di alam sebenar kita.
SHARE KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA ADALAH AMAT DIGALAKKAN
- LIKE and COMMENT
Jika ramai ahli “Like” dan “Comment” adakah anda akan merasakan
bahawa anda diperhatikan oleh orang ramai? Ya! Walau bagaimanapun adakah
anda ingin memperlihatkan gambar-gambar anda di alam nyata kepada semua
rakan anda? Adakah anda ingin gambar anda bersama rakan-rakan ataupun
keluarga ataupun perseorangan anda di”like” dan di“comment” oleh orang
lain sesuka hati?
Memang tidak dinafikan ada juga gambar yang “perlu” dipertontonkan
contohnya gambar memori bersama rakan-rakan dan lain-lain yang
berkaitan. Tetapi gambar yang berlebih-lebihan pula bagaimana?
Bayangkanlah jika seorang perempuan beria-ria menunjukkan gambarnya yang
boleh dikatakan agak “comel” kepada umum. Adakah itu perlu ditontonkan
kepada umum?
- RAKAN
Di dalam 1000 atau 9000 atau lebih ataupun kurang daripada itu
adakah anda mengenali rakan Facebook anda dalam lingkungan 50% hingga
100%? Mungkin hanya 10% hingga 20% sahaja rakan yang betul-betul anda
kenali. Bandingkan jika anda berada di alam yang nyata ini adakah anda
mengenali semua sahabat anda? Sudah pasti anda mengenali mereka walaupun
sedikit sahaja informasi yang anda tahu tentang diri mereka.
Jika ada seseorang yang tidak mengenali anda dan anda juga tidak
mengenali dirinya adakah anda akan menegurnya seperti yang berlaku di
Facebook? Mungkin tidak dan mungkin juga anda akan menegur dan ditegur
mereka.
- UPDATE STATUS
Di alam yang nyata ini adakah anda akan menyebarkan khabar anda
kepada seluruh rakan dan sesiapa sahaja seperti yang anda lakukan di
profil anda? 100% tidak kerana manusia selalunya akan meluahkan perasaan
dan menyatakan isi hatinya hanya kepada orang yang terdekat seperti ibu
bapa, keluarga dan sahabat baik.
Masih adakah golongan-golongan yang meng”update” status mereka kepada
ibu bapa dan keluarga? Mungkin ada tetapi dalam jumlah yang kecil kerana
kita akan meng”update” status kita dalam Facebook.
- PERUBAHAN SIKAP
Tidak perlulah untuk dihuraikan tentang perkara ini. Lihat sahaja
diri anda, adakah anda peramah seperti “anda” didalam Facebook?
No comments:
Post a Comment