Pada satu hari Tengku Kudin telah
dijemput oleh Residen British Resident menghadiri satu jamuan makan
malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah
bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju
ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain
semuanya menggunakan sudu dan garpu, beliau dengan selamba meyuap
makanan ke mulutnya dengan tangannya.
Telatah Tengku Kudin ini
diperhatikan oleh seseorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di
sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita
tersebut lantas bertanya : "kenapa anda makan dengan tangan? bukankankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain," saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab :
- Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain, sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
- Saya yakin tangan saya lebih bersih, kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.
- Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang."
Jawapan Tengku Kudin ini
menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Seandainya sebelum
itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap
makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk
mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.
*Sebuah kisah yang berlaku di akhir abad ke-19.kisah mengenai seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. perkara ini diceritakan oleh pegawai tinggi British yang berkhdmat di Selangor pd masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off oleh Emily Innes.
sy rasa perkataan "haram" tu tak sesuailah melainkan adanya hadis or ayat suci alquran yg dpt menyokong statement anda.
ReplyDeletebased on cerita diatas sy rasa bukanlah haram cuma "lebih baik" lagipon ia merupakan sunnah nabi S.A.W
mf atas teguran ini.just pndpt peribadi ;)