Sebenarnya Zizan Nin ni dah berkahwin lebih daripada setahun, saya ingatkan Zizan Nin masih lagi bujang ahaks. Rupanya dah bergelar suami orang. Anda nak tengok gambar isteri Zizan Nin? tengok lah, lawa-lawa..
Ikuti petikan kata-kata Zizan mengenai hal ini di mstar
Saya dan isteri masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tetapi nampaknya belum ada rezeki.Untuk pengetahuan anda juga Zizan akan melancarkan baju Melayu jenamanya sendiri di butik rakan perniagaannya, K-Maria di Kota Damansara pada minggu hadapan.
“Mungkin disebabkan masing-masing sibuk dengan komitmen kerja,” katanya yang ditemani oleh isteri semasa majlis berbuka puasa anjuran Aquila Emas di Hotel Federal Kuala Lumpur.
Jelas Zizan, jika berkesempatan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, mereka akan berbulan madu ke Vietnam atau Kemboja.
“Saya jangka kami akan berbulan madu pada bulan Oktober depan. Mungkin dengan cara ini kami akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.
“Sebelum ini, kami pernah ke Indonesia. Jadi, kali ini kami merancang mungkin akan ke Vietnam atau Kemboja,” ujarnya lagi yang buat kali kedua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Kuala Lumpur bersama-sama keluarga isterinya.
Harga baju Melayu tersebut dijual pada harga antara RM180 hingga RM250 sepasang.
Butik itu juga turut menyediakan pakaian untuk wanita yang disediakan oleh rakan kongsinya. Tambah Zizan, kemungkinan selepas ini dia bakal mengeluarkan baju kemeja atas jenama sendiri.
lorh baru tahu ker... hi hi hi tak per lah....
ReplyDeleteramai yg artis dh kawin.