Tuesday, May 15, 2012

Hukum Menyambut Hari Guru

 

Guru merupakan seorang yang sangat mulia dan baik. Dahulunya, saya memang pernah dirotan, dimarah kerana kenakalan suatu ketika dahulu. Kadang kala kerja sekolah tidak disiapkan, ponteng kelas, jarang/ lewat masuk ke kelas kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan dan banyak hal lain yang mungkin tidak perlu saya nukilkan disini, tetapi perkara utama yang saya ingin tekankan disini adalah semangat mereka yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik saya. Kini, saya kekal dalam menuntut ilmu dan insyaAllah hingga ke akhir hayat. Perlu juga diingatkan agar jangan sempitkan pemikiran kita dengan konsep guru ini. Sesiapa yang mendidik, menasihati dan memberi ilmu kepada kita, dia lah guru. Fikir-fikirkan. Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit berkaitan tentang sejarah hari guru, moga dapat membawa kita terus-menerus dalam menghargai pengorbanan seorang guru yang sanggup mendidik kita semua.

 

 

Sejarah Hari Guru

Guru (dari bahasa Sanskrit) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

 

Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.

 

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

 

Di tempat-tampat lain bagaimana? Dia Amerika, Kanada, negara Asia yang lain, tanah-tanah arab lain juga bagaimana? Tentunya di setiap negara mempunyai sejarah dan ceritanya yang tersendiri. Dan melalui jalan sejarah itu, mereka juga akan melalui hari-hari yang tentunya berbeza dengan rakyat negara kita yang terdahulu. Hasilnya, sambutan yang diraikan sepeti hari guru ini juga berbeza.

 

Di Amerika contohnya, sambutan hari guru ini disambut pada hari Selasa pertama dalam bulan Mei. Persatuan Pendidikan Kebangsaan di sana menyatakan bahawa sambutan hari guru ini adalah untuk menyambut dan menghargai segala sumbangan para guru kepada masyarakat.

 

Di India berbeza pula. Hari guru disambut bersempena oleh presiden negara mereka yang kedua yang juga merupakan seorang pendidik yang amat berdedikasi. Hari guru yang disambut pada 5 September itu sesetengahnya diraikan dengan pelajar-pelajar senior akan mengambil alih tugas mendidik pada hari tersebut sebagai penghargaan kepada guru-guru mereka.

 

 

Objektif Hari Guru Malaysia

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan

 

Tema hari Guru Di Malaysia

1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara

5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang

38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa

40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa

41. 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

 

Kesimpulannya, Tiada Hukum Haram atau Halal Menyambut Hari Guru.

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik:)

 

2 comments:

  1. Top 10 casino games to play online for real money in 2020
    1. Red 동두천 출장샵 Dog 제천 출장안마 Casino 김해 출장안마 · 2. SuperSlots 오산 출장마사지 · 3. Big Fish Casino · 대전광역 출장안마 4. 888casino · 5. LuckyLand Casino · 6. BetMGM Casino.

    ReplyDelete