Ingatkan selepas permohonan maaf secara terbuka oleh David Teo, tiada
lagi persengketaan yang wujud di antaranya dan Saiful Apek. Namun hari
ini, di dalam Harian Metro, Saiful Apek dilaporkan bakal menuntut RM200,000 daripada David Teo.
Saiful Apek mendakwa yang David Teo gagal melunaskan pulangan
pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya
selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang
hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005. Selain itu, David Teo juga
didakwa gagal menyiapkan album nyanyiannya berdasarkan kontrak yang
ditandatangani pada tahun yang sama.
Menurut Saiful Apek juga, pada hari Ahad ini pada jam 2 petang, satu
sidang media bersama 50 selebriti lain akan diadakan untuk menunjukkan
bukti dan menuntut hak masing-masing daripada David Teo. Segala dokumen
yang pernah ditandatangani akan dibawa sekali ke sidang media tersebut.
No comments:
Post a Comment