"Ei ko nak gi mana dowh?"
"Jalan le derr.."
"Nak gi mana dowh?"
"Jalan2 la derr.."
"Ala ckp la dowh!"
"Jalan2 cari makan derr.."
"ikut dowh"
"Jom der"
Aku pasti korang mesti biasa dengar ayat macam kat atas tu sebelum ni kan. Dan aku pasti antara korang mesti biasa pakai perkataan "doh" masa kecik-kecik dulukan.
Aku sendiri seingat aku selalu sangat ucap perkataan "doh" ni pada penghujung ayat aku mungkin disebabkan terikut ikut dengan kawan yang lain..
Aku pasti perkataan doh ni asalnyer dari perkataan bodoh bile dah selalu sangat guna ayat bodoh mula la nak singkatkan jadi doh. Tapi boleh ke kita tahu sapa dan dimana ayat ni mula digunakan? Tolong jangan cakap orang pantai timur yang mulakan sebab aku memang bukan asal orang sana dan mengikut pengalaman aku doh ni menurut orang sana sudoh di pendekkan jadi doh jugak.. hehehe..
Masa kecik-kecik dulu tak perasan tapi bile dah besar panjang ni mula la terpikir kenapa mesti guna ayat "doh" ni disebabkan telinga ni mula panas dengar ayat tuh. Adakah untuk membuktikan kekuatan ayat itu ataupun untuk membuktikan orang yang cakap tu lebih pandai dari orang lain?
Yang bertambah peliknyer aku perkataan doh ni tak pernah pupus ataupun di ketegorikan ketinggalan zaman walaupun dah wujud bertahun-tahun lamanyer malah telah di"upgrade" ejaanyer menjadi "dowh" dengan budak-budak zaman sekarang ni... hebat bukan..
Petikan Daripada Wikipedia:
Doh atau dowh adalah sejenis slanga moden yang digunakan dikalangan rakyat Malaysia. Perkataan 'doh' diambil daripada perkataan bodoh.
Sejarah
Perkataan doh digunakan secara meluas di Semenanjung Malaysia
barat dan selatan di dalam pertuturan sehari-hari. Pada awalnya
perkataan 'bodoh' digunakan sebelum ia disingkatkan menjadi 'doh'.
Doh kemudiannya memasuki dunia maya melalui forum-forum, chatroom
dan sebagainya. Di internet, ejaan doh di tambah dengan huruf 'w' dan
menjadi 'dowh' yakni ejaan yang lebih biasa digunakan berbanding doh,
namun kedua-duanya turut digunakan di dalam pertuturan internet.
Penggunaan
Doh bukanlah kata makian walaupun ia berasal daripada perkataan bodoh. Doh digunakan sebagai kata penegas di dalam perbualan pasar sama seperti perkataan "bah" yang digunakan di Malaysia Timur dan di Medan, Indonesia.
Slanga ini hanya digunakan dikalangan mereka yang rapat atau bersamaan
jantina tetapi tidak digunakan untuk bertutur dengan mereka yang lebih
dewasa kerana dianggap kurang ajar.
Walaupun begitu, didalam pertuturan seharian, terdapat juga
segelintir individu yang tidak senang dengan penggunaan perkataan ini
disebabkan oleh maksud awalnya. Golongan ini biasanya menggunakan kata
penegas yang mempunyai makna sama iaitu "weh".
Lelaki sebut ok lgi. Tolonglah perempuan jangan sebut. X ayu langsung
ReplyDelete