Sunday, May 13, 2012

Keputusan SPM Erin Malek



Erin Malik Fokus Dengan SPM 

BUKAN mudah untuk dikenali sebagai seorang pelakon di usia semuda Erin Malek. Ini kerana setiap langkah yang diambil akan sentiasa menjadi perhatian umum.

Malah kesilapan kecil juga mampu mengheret nama gadis sunti itu ke kancah kontroversi dan sehingga kini ada yang menggelar diri pelakon muda tersebut sebagai gadis liar.

Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 17, dia sedar sikap mahu mencuba yang ada dalam diri memberi kesan terhadap kehidupannya.

Bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat memahami dan percaya kepada dirinya.




 "Mungkin gelaran sebagai seorang pelakon yang dibawa oleh saya hari ini telah membataskan langkah dan tindakan saya sebagai seorang remaja yang sentiasa ingin mencuba.

"Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana peminat tidak mudah menghukum. Sebaliknya menyokong langkah saya untuk bergelar pelakon," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di majlis pelancaran drama bersiri Klik di Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Dalam drama tersebut, Erin mendukung watak sebagai Elisya yang bijak dan cantik tetapi dianggap sombong oleh rakan sekelasnya, Redwan, lakonan Ariel Zafril.

Drama 13 episod itu telah mula disiarkan pada Ahad lepas di Astro Ceria.

Kata Erin, apabila masih ada yang bertanyakan tentang hubungannya dengan ayahnya, Abdul Malik Marwi yang keruh gara-gara hubungan intim ayahnya dengan Fiza Elite, dia agak malas untuk memberikan penjelasan.

"Kali terakhir Erin bertemu dengannya adalah beberapa minggu lepas. Mungkin dia sibuk dengan urusannya sehinggakan tiada masa untuk diluangkan bersama saya.

"Walaupun kami semakin jarang berjumpa namun saya tetap menghormatinya dan tidak timbul soal membencinya.

"Apa yang penting, saya tidak mahu dipandang sebagai seorang anak yang menderhaka terhadap ayahnya," ujarnya yang pernah berlakon dalam filem berjudul Tentang Bulan (2006).

Sejak kebelakangan ini, kisah Erin dilihat kurang muncul di dada akhbar mahupun majalah selepas isu tindik lidahnya menjadi bualan ramai pihak.

Justeru, Erin menjelaskan, dia sengaja low profile tetapi bukan berniat untuk melarikan diri daripada media massa.

"Tahun ini merupakan tahun saya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tumpuan harus diberikan kepada peperiksaan.

"Jadi, kebanyakan daripada masa saya, dihabiskan di sekolah dan mengikuti kelas tambahan di rumah.

"Selepas SPM, barulah saya tumpukan semula perhatian kepada lakonan," kata pelakon filem Congkak (2008) ini lagi.

Menanti sinar baru

Percaya tahun hadapan bakal memberi sinar baru kepada kerjaya lakonannya, menurut Erin, dia kini lebih bersedia untuk menerima watak yang lebih berat sesuai dengan umurnya yang menjangkau 18 tahun, pada tahun hadapan.

"Saya sebenarnya mengidamkan watak-watak berat yang lebih menguji kekuatan bakat dan kemampuan lakonan saya.

"Memandangkan tahun hadapan saya hanya menunggu keputusan SPM, jadi saya ada banyak masa.

"Sepanjang menanti keputusan SPM, bolehlah saya tumpukan masa kepada kerjaya lakonan," katanya sambil menguntum seyuman.

Bakal bergerak sendiri tanpa ibunya di sisi , menurut Erin, sudah sampi masanya dia berdikari untuk meneruskan langkah dalam dunia seni.

"Ibu terpaksa menjaga adik-adik. Jadi, biarlah saya uruskan sendiri jadual penggambaran saya .

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya boleh bebas dan berbuat apa sahaja sesuka hati saya. Ibu masih lagi memantau pergerakan saya.

"Cuma apabila saya nyatakan di sini yang urusan jadual kerja saya tidak lagi dilakukan oleh ibu, ia bertujuan untuk memudahkan semua pihak.

"Apa pun, saya tetap maklumkan kepada ibu tentang jadual penggambaran," katanya yang mengakui sudah mempunyai kekasih tetapi enggan berbicara lanjut tentang kekasihnya itu.-utusan

3 comments:

  1. aik...maner resultnya...??

    tengok post terbaru aku...
    Kenapa orang jepun suka raba perempuan================>
    http://alive3333.blogspot.com/2012/05/kenapa-orang-jepun-suka-raba-perempuan.html
    hantu jepun sebenar ( real )
    ================>
    http://alive3333.blogspot.com/2012/05/jom-tengok-hantu-jepun-real.html
    gambar Hot neelofa
    =============>
    http://alive3333.blogspot.com/2012/05/gambar-hot-neelofa.html

    ReplyDelete
  2. maknanya tahun ni ar baru dia ambik SPM kan?

    ReplyDelete
  3. ala..result upsr pon da trok..asyik sbuk nak shooting je..nyampah.. aq kwan dye since stndrd one lg..:(

    ReplyDelete