Saturday, May 12, 2012

Maksud Disebalik Perkataan "Siut" atau "Siot"


Salam bertemu kembali untuk semua yang sudi membaca entri ini. Perkataan "SIUT" atau "SIOT" merupakan dua perkataan berbeza yang maksudnya adalah sama bagi bloger-blogger. Aku tidak menyentuh siapa-siapa dan mana-mana blogger, cuma aku ingin maklumkan bahawa maksud perkataan ini lucah dalam bahasa dusun Sabah.

Kadang-kadang bila aku baca satu-persatu blog-blog kita ni, terselit antara satu perkataan ini, samada dalam entri atau dalam bahagian komen. Mula-mula aku terserampak dengan perkataan "SIUT" ni aku tersentak seketika, sebagai contoh, "awak siut" dalam bahasa dusun bermaksud, "awak ingin melakukan hubungan kelamin?" Dari segi bunyi atau frasa "SIUT" dan "SIOT" ni hampir sama.


Bila aku baca keseluruhan ayatnya baru lah aku faham yang sebenarnya maksud blogger dengan "SIUT" atau "SIOT" ni baik sebenarnya, memuji seseorang yang cantik, cute atau pretty. Akhirnya aku tersenyum sendiri "keh-keh-keh"

Pesanan : jika korang melawat Sabah, jangan sekali-kali menggunakan perkataan "SIUT" atau "SIOT" apabila memberi pujian kepada gadis-gadis cantik kerana takut nanti korang kena lempang dengan selipar jepun. "hahaha"

1 comment:

  1. Terima kasih sebab hantar benda ni nenek saya mula mula dia. Ingat perkataan siut ni maksud nya sial rupanya perkataan baik.

    ReplyDelete