Situasi 1
Sejak semester pertama lagi saya sudah bergaul dengan rakan-rakan yang datangnya daripada pelbagai negeri di serata Malaysia. Apabila sudah bergaul dengan mereka, saya dapati memang banyak perbezaan di antara negeri di Malaysia. Bukan sahaja berbeza daripada aspek budaya malah maksud perkataan juga turut berbeza.

Pernah saya terdengar salah seorang rakan yang berasal dari
Kelantan berbual dengan seorang rakan yang lain. Mereka berbual tentang
satu aktiviti jualan buku yang berlangsung di Perpustakaan Tuanku Bainun
semalam. Butir perbualan mereka adalah seperti di bawah :
Rakan 1 : Mu g doh pameran buku?
Rakan 2 : Mmano? Bbilo?
Rakan 1: Kat pustaka la. Maren (Kelmarin) la. Mu dok tahu ko?
Melalui perbualan di atas, dapat dilihat bahawa perkataan maren
(kelmarin) menunjukkan hari semalam iaitu satu hari sebelum hari ini.
Di Negeri Sembilan turut menggunakan perkataan kelmarin. Cuba
lihat situasi di bawah untuk menunjukkan penggunaan perkataan kelmarin:
Rakan 1 : Ekau poie ko kendughi umah Milah?
Rakan 2 : Bilo kendughi eh tu? Tak poie lak den.
Rakan 1 : Kelmarin la kendughi eh. Hari ni Senayan da. Den ingek an ekau poie.
Rakan 2 : Oh. Kelmarin hari Sabtu an? Den takdo. Den poie umah anak den kek Somban.
Melalui perbualan di atas, dapat difahami bahawa
penggunaan perkataan kelmarin di Negeri Sembilan merujuk kepada dua hari
lepas atau dua hari sebelum hari ini.
Selain contoh yang dapat dilihat melalui situasi yang
pernah saya alami, saya juga ada membuat sedikit soal jawab di kumpulan
Bahasa Melayu 2009/2010 di Facebook tentang perkataan kelmarin. Soalan
yang saya ajukan adalah seperti berikut.
Dan berikut merupakan respon daripada rakan-rakan yang datang dari negeri yang berbeza.
Sabah |
Johor |
Terengganu |
Kelantan |
Selangor |
Perbezaan
maksud perkataan ini mungkin berbeza kepada setiap penutur. Hal ini
demikian kerana mungkin di negeri mereka sering menggunakan perkataan
kelmarin bagi menunjukkan semalam. Apabila sudah menjadi kebiasaan,
semua orang di negeri tersebut bersetuju untuk menggunakan perkataan
kelmari untuk menunjukkan semalam.
Tidak semua perkara atau perkataan mempunyai maksud yang sama
di setiap negeri. Oleh hal yang demikian, jika kita berasa keliru dengan
sesuatu maksud perkataan yang dituturkan oleh penutur, adalah lebih
baik kita bertanyakan maksudnya kepada yang pakar. Risau tersalah tafsir
nanti. :)
Situasi 2
Tentang Hari Ini, Semalam & Kelmarin
Saya mulakan dengan kelmarin. Dalam bahasa kelantan, kelmarin bermakna semalam dalam bahasa selangor. semalam pulak dalam bahasa kelantan bermaksud malam tadi. kelmarin dulu dalam bahasa kelantan bermaksud kelmarin dalam bahasa selangor. unik kan perbezaan bahasa. seperti mana beza lahjah arab saudi dengan mesir. saudi menyebut huruf jim dengan jim tapi mesir menyebut dengan ga. manakala huruf qaf saudi menyebut ga tapi mesir menyebut aa. arab fushah menyebut qaf dengan qaf.
hari ini hari Rabu. semalam hari Selasa. kelmarin hari Isnin. kelmarin dulu hari Ahad. aha.. saya mulakan dengan hari Ahad. rasanya dah tulis pasal hari Ahad siang, tapi tak tulis hari Ahad malam. hari Ahad malam, saya diminta oleh tuan rumah untuk tolong dia bunuh tikus dalam rumah dia. macam2 la ragam pakcik ni. penakut gila. tau lama dah. masa nak raya korban 2tahun lepas, kambing dia terlepas ikatan, dan naik ke rumah. kalut dia nak pegang. last2 saya jugak yang kena pegang. pesal la saya ni baik sangat ye. tapi takpe, sebab kebaikan saya ni mmg telah diakui oleh seseorang yang istimewa. ok, pasal tikus tu. masuk dalam rumah, mama (isteri tuan rumah) bgtau, tikus tu ada kat belakang cermin. hurm.... camna nak buat eh. nak intai payah sebab cermin mmg rapat dengan dinding. try pakai kayu jolok2. tapi tak kua jugak. akhirnya saya ngan baba cabut je cermin tu.. then bawak keluar rumah. lampu tangga ialah auto, 2 minit je akan nyala. tikus tu bijak betul. lampu padam je terus melompat keluar. nampak le tikus tu memanjat dinding. try baling ngan selipar yang ada di tangan. tapi balingan tersasar. kena berlatih lagi ni. yang tak tahan tikus tu masuk dalam umah saya plak sebab masa turun tadi lupa nak tutup pintu. malah straight ke bilik saya. huhuhu... ajak member2... buang barang2 bawah katil. jolok2.. kemudian dia kua. pukul tak kena terus masuk dapur. ayakk.. lagi seksa.. dia lepak belakang peti ais la plak. bialah kat situ. then baba naik bawak racun ntah apa ntah.. hii.. macam2 la ngan baba ni. dan dia bagi perangkap tikus. umpannya ialah aisy. makan ke tikus aisy ni???
hari Isnin, kelas masih lagi tak pergi. sebab keletihan semalam. berlari2 di tengah malam, mesti la letih. eheheh.. alasan je. padahal kesedapan dan kelazatan tido di musim sejuk. hari ni tak posa, sebab pagi lagi lapar sesangat. nak cari makan, tapi takde pape kat dapur. takpe lah.. nanti ada la orang masak. malam tu, gi umah belakang.. alhamdulillah, rezeki. dapat makan nasi lemak. balik umah, duk tgk tv ngan member2, terdengar sesuatu dari dapur. aha.. tikus dah mula keluar. tension betul. kami dua orang, kerjakan tikus. agak payah la sikit. tikus tu mmg dah mabuk sebab semalam masa kat umah baba, baba sembur racun ridsect tu. tapi agak payah la nak kuarkan dari belakang peti ais tu. tapi akhirnya usaha kami berjaya. tikus berjaya ditangkap bukan dibunuh. dia masuk dalam perangkapnya. siap tangkap tikus, tension tgk dapur dapur yang berselerakan. huhuh.. tikus punya angkara. mulakan projek bersih dapur. alhamdulillah, semangat gotong-royong masih lagi kuat. ehehehe... maka bersihlah dapur kami.
hari Selasa, tak pergi kelas lagi. sebab terlajak tido. lepas zohor gi belakang, nak tgk kitab. semalam kami dah pegi kedai buku tu, tapi tak jumpa kitab tu. so kena amik nama kitab dan syarikat dia untuk bagi kat kedai buku tu. alhamdulillah, rezeki lagi. semalam nasi lemak ikan bilis. hari ni nasi ... apa ek.. takpe, yang penting dapat makan. sebelum tu, kuar rumah nak gi beli sayur. kesian la kat mereka yang tunggu kat umah. semalam, barca menang. aduhhh tensennya. kenapa dia leh menang ni. nak tengok barca kalah dan tak layak masuk ke pusingan 16. roma, valencia, PSV, liverpool, bayern, inter, chelsea dan barca ke pusingan 16. 8 lagi pasukan akan bermain hari rabu malam.
hari Rabu, masih lagi tak pergi klas. sebab yang sama.

Situasi 3
Di waktu petang yang
hening, iaitu pada petang tadi aku bersama teman-teman serumah duduk
berkumpul di ruang tengah rumah dan berbual-bual. Sedang kami berbual
tentang pelbagai cerita tiba-tiba, salah seorang daripada kami bertanya
iaitu Si A, “apa beza semalam orang Kelantan dan Perlis dengan semalam
orang pahang? Apa pula beza kelmarin?” Salah seorang daripada kami
merupakan orang Perlis lalu dia menjawab “ Semalam mengikut orang
kawasan kami biasa gunakan adalah hari semalam iaitu hari sebelum hari
ini bermula dari jam 8.00 malam hingga 12.00 malam. Manakala Kelmarin
pula adalah bermula daripada jam 7.00 pagi hingga 7.59 malam pada hari
sebelum hari ini”. Lalu Teman serumah kami ayng berasal dari negeri
Kelantan pula bersuara “ya, samalah dengan orang Kelantan”. Aku dan
seorang lagi teman yang berasal dari Pahang pula menjawab, “kami di
Pahang menggunakan perkataan semalam yang merujuk kepada hari sebelum
hari ini”. Temanku menyambung peneranganku pula “kelmarin pula adalah
hari sebelum semalam”. Lalu Si A yang bertanya tersebut hairan dan dia bertanya lagi “yang mana satu betul?”. Beginilah, kita tengok pada kamus dewan.
Ulasan:
Penggunaan
sesuatu perkataan dalam dialek kadangkala terdapat persamaan penggunaan
perkataan tetapi membawa maksud yang berbeza. Contohnya melalui situasi
perbualan saya dengan teman-teman serumah yang membincangkan tentang
penggunaan kata semalam dan kelmarin masyarakat di negeri Pahang dengan
Masyarakat yang tinggal di Negeri Kelantan dan Perlis. Namun menurut
Kamus Dewan, Semalam bermaksud hari sebelum hari ini.
Sumber: http://wahdatulzahrafiqalbi.blogspot.com/2011/01/semalam-kelmarin.html
Sumber: http://hosmu.blogdrive.com/archive/438.html

No comments:
Post a Comment